Pada 15 Julai 2020, sempena pembukaan sekolah sepenuhnya pasca COVID19, pihak JPNS diketuai oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Sekolah JPNS iaitu Tn Hj. Hamzah bin Abu telah membuat lawatan pemeriksaan. Rombongan JPNS telah membuat pemeriksaan tentang pelaksanaan SOP sekolah bagi pembukaan sekolah dan asrama. Semua pelajar asrama daripada semua tingkatan telah kembali ke asrama sepenuhnya.
Mereka juga berkesempatan melawat transformasi asrama dan memantau persiapan sempena pelibatan Asrama SMK TAR dalam Anugerah Seri Asrama Terbilang 2020.
No comments:
Post a Comment