Thursday, 23 July 2020

Penilaian Pra Anugerah Seri Asrama Terbilang 2020













 

Pada jam 10 pagi 24 Julai 2020, program Penilaian Pra-ASAT berjalan dengan jayanya. Tetamu utama program ialah Tuan Azmi bin Basir, Timbalan Pengarah Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Program ini diadakan sebagai persiapan menghadapi penilaian sebenar peringkat kebangsaan berikutan pemilihan SMK Tuanku Abdul Rahman mewakili Negeri Sembilan pada tahun 2020.
       Kebitaraan Asrama SMK Tuanku Abdul Rahman ialah Sukan Bola Baling dan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia. Tema Asrama ialah Perwiraku. Maka, nama dorm dan bilik khas mengambil nama-nama tokoh seperti Datuk Bahaman, Mat Kilau, Leftenan Adnan, Tun Teja, Tun Fatimah, Datuk Maharaja Lela dan lain-lain.
          Tahniah dan syabas kepada warga asrama SMK TAR atas kejayaan program ini.

Sunday, 19 July 2020

Kunjungan Mengejut Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan










Tn Hj. Md Fiah bin Md. Jamin, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan mengadakan kunjugan mengejut ke SMK TAR pada pagi 19 Julai 2020. Beliau yang hadir seorang diri tiba dengan motosikalnya. Kunjungan beliau terutamanya adalah untuk melawat keadaan sekolah akibat kerosakan bumbung bangunan dan pelbagai kerosakan akibat ribut yang berlaku pada petang 18 Julai semasa hujan lebat.
     Beliau turut berkunjung ke asrama SMK TAR dan beramah mesra dengan pelajar-pelajar asrama Putera. Beliau juga melawat keadaan asrama yang telah mengalami transformasi dan perubahan positif dalam budaya asrama.

Wednesday, 15 July 2020

Pendaftaran Asrama 15 Julai 2020
















Pada petang 14 Julai 2020, semua pelajar asrama Ting. 1 hingga Tingkatan 4 kembali ke asrama berikutan sesi persekolahan akan bermula pada 15 Julai 2020. Pada 23 Jun lalu, pelajar asrama Ting. 5 dan 6 Atas telah kembali lebih awal.
       Taklimat SOP Pencegahan Covid19 dan taklimat asrama diadakan. Selain pengetua dan barisan pentadbir sekolah, turut hadir ialah Yang Dipertua PIBG dan Pengerusi Jawatankuasa Waris Asrama.

Lawatan Timbalan Pengarah Pengurusan Sekolah JPNS







Pada 15 Julai 2020, sempena pembukaan sekolah sepenuhnya pasca COVID19, pihak JPNS diketuai oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Sekolah JPNS iaitu Tn Hj. Hamzah bin Abu telah membuat lawatan pemeriksaan. Rombongan JPNS telah membuat pemeriksaan tentang pelaksanaan SOP sekolah bagi pembukaan sekolah dan asrama. Semua pelajar asrama daripada semua tingkatan telah kembali ke  asrama sepenuhnya. 
    Mereka juga berkesempatan melawat transformasi asrama dan memantau persiapan sempena pelibatan Asrama SMK TAR dalam Anugerah Seri Asrama Terbilang 2020.