Saturday, 29 February 2020

Program Tahsin Solat Asrama





















Program Tahsin Solat bagi pelajar asrama diadakan selama 2 hari bermula petang 28 Februari  hingga tengah hari 29 Februari 2010. Seramai 85 orang pelajar asrama terlibat dengan program.
      Penceramah undangan, Ustaz Muhammad Radzi b. Ab Ghani, pensyarah Kolej Komuniti Jempol merupakan tenaga pengajar utama dan dibantu oleh semua guru Pendidikan Islam sebagai fasilitator program. Antara pengisian program ialah  Audit Bacaan Solat pelajar, Tasmik bacaan dalam solat dan amali solat serta isu-isu yang berkaitan dengannya. Akhirnya, semua pelajar terlibat diharapkan dapat mendirikan solat masing-masing dengan bacaan dan pengamalan yang terbaik.
      Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat khususnya Ketua Bidang Kemanusiaan dan guru-guru Pendidikan Islam SMK TAR.        

No comments:

Post a Comment