Wednesday, 5 August 2020

Lawatan YB Dato Abdul Razak bin Ab Said, ADUN Gemas ke Asrama



















        Pada 5 Ogos 2020, jam 10 pagi, YB Dato' Abdul Razak bin Ab. Said, ADUN Gemas mengadakan kunjungan santai ke Asrama SMK TAR. YB Dato' membantu pembangunan asrama terutamanya penglibatan dalam Anugerah Seri Asrama Terbilang dengan memberi sokongan material, kewangan dan mendapatkan pelibatan pelbagai pihak. Beliau turut berkongsi idea bagi meningkatkan kualiti fizikal dan pengurusan asrama. Sebagai bekas pendidik, pengalaman beliau dalam dunia pendidikan amat bermanfaat untuk memajukan pendidikan di daerah Gemas. Terima kasih YB. Dato'.
         Semoga asrama SMK TAR terus berkembang dan maju demi anak-anak asrama. STAR Juara. Segalanya demi membentuk Anakku Perwiraku.