Friday, 27 September 2019

Program I Love You PT3 2019














Menjelang PT3, satu program khas diadakan sebagai persiapan akhir bagi pelajar PT3. Program I Love You dijalankan pada 26 dan 27 September 2019 bagi semua mata pelajaran peperiksaan PT3. Pelajar dikelompokkan mengikut tiga kumpulan dan bahan yang berbeza mengikut tahap kebolehan.
     Pelajar begitu bersemangat dengan program ini. Semoga mereka berjaya mencapai tahap terbaik pada peperiksaan nanti yang bermula pada 30 September hingga 8 Oktober 2019.

Taklimat dan Titian Restu PT3














Pada Jumaat 27 September 2019, diadakan taklimat dan titian restu PT3 melibatkan semua pelajar calon PT3 dan guru-guru mengajar tingkatan 3 2019.
Semoga mereka bersemangat dan memanfaatkan hari-hari terakhir menjelang peperiksaan ini untuk mencapai prestasi yang terbaik.

Saturday, 21 September 2019

Majlis Solat Hajat Perdana dan Nilai Murni PT3, SPM dan STPM 2019




















Program Solat Hajat Perdana dan Nilai Murni diadakan pada Sabtu 21 September 2019. Bagi pelajar Muslim, dijayakan di Dewan al Ghazali pada jam 9 hingga 11.30 pagi.
        Program bagi pelajar beragama Buddha bersama penjaga mereka, diadakan di Bilik Seminar. Manakala, pelajar beragama Hindu bersama guru dan ibu bapa mereka menjayakan program di kuil pada jam 7 malam.
        Program ini khusus diadakan bagi pelajar PT3, SPM dan STPM 2019.
Sambutan ibu bapa amat menggalakkan. Terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang sama-sama menjayakan program.




Friday, 6 September 2019

Program Tiga Penjuru Pasca Percubaan PT3 dan SPM 2019
















Ibu bapa dan penjaga teruja untuk membincangkan prestasi anak-anak calon PT3 dan SPM 2019. Pada petang 6 September 2019, diadakan program Perjumpaan Tiga Penjuru bagi pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5.
Sambutan ibu bapa/penjaga amat mengggalakkan. Diharapkan pertemuan mata ke mata antara guru, pelajar dan ibu bapa ini dapat mencetuskan inspirasi untuk mereka mencapai prestasi yang lebih baik.