Thursday, 16 May 2019

Majlis Iftar Perdana 2019














Semua warga guru dan AKP daripada berbilang kaum hadir bersama dalam program yang bermula jam 6.30 petang dan berakhir jam 9.30 malam. Program dimulakan dengan penyampaian sumbangan kepada pelajar anak yatim dan pelajar miskin daripada pelbagai kaum seramai 60 orang pelajar.
       Semua pelajar tersebut bersama guru dan AKP menikmati jamuan berbuka puasa. Kelihatan nenarik apabila semua warga terlibat menunjukkan suasana mesra dan muhibbah.
      Kemudian, warga sekolah yang beragama Islam meneruskan atur cara solat Isyak dan solat Tarawih. Turut hadir ialah AJK PIBG, mantan pengetua dan keluarga / anak-anak warga guru dan AKP. Kehadiran yang begitu ramai menggambarkan semangat kebersamaan SMK TAR.

Wednesday, 1 May 2019

Visi dan Misi Asrama SMK TAR - Anakku Perwiraku




Menggapai visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Seluruh warga asrama SMK TAR terutamanya pentadbir, warden, guru dan AKP sentiasa merancang dan melaksanakan pelan tindakan bagi mencapai visi dan misi asrama SMK TAR yang juga merupakan visi dan misi KPM. 

Visi Kami : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.
Misi Kami : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Justeru, aspirasi sekolah adalah ingin melahirkan generasi pelajar asrama yang menepati hasrat KPM. Bahkan, membudayakan nilai-nilai keperwiraan seperti berani, gigih, bersemangat tinggi dalam usaha mencapai kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Maka, slogan STAR Juara dan Anakku Perwiraku sentiasa dilaungkan dalam budaya asrama dan sekolah.