Wednesday, 24 April 2019
Hari Anugerah Kecemerlangan 2019
Pada petang 24 April 2019, berlangsung program Hari Anugerah Kecemerlangan 2019. Semua penerima anugerah dipilih daripada kalangan mereka yang mempamerkan komitmen dan kecemerlangan pada tahun 2018.
Seramai 150 pelajar menerima anugerah dalam pelbagai kategori selain beberapa orang guru dan staf. Majlis dirasmikan oleh Encik Anwar Zharif bin Mahmud, Pegawai Penyelidik Ahli Parlimen Tampin mewakili YB Ahli Parlimen Tampin iaitu Datuk Dr. Hasan bin Bahrom.
Terima kasih diucapkan kepada YB Ahli Parlimen Tampin atas penyerahan sumbangan cek pembangunan pendidikan sekolah kepada PIBG SMK TAR sejumlah RM4500.00. Sesungguhnya, sumbangan ini amat bermakna kepada pelajar-pelajar SMK TAR dalam meniti kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum.
Antara anugerah utama ialah Anugerah STARIAN dianugerahkan kepada Saudara Wong Yu Zhun, bekas pelajar SPM 2018. Anugerah Ikon Guru pula dianugerahkan kepada Puan Khairul Hana Ghazali, guru Pendidikan Islam.
Tahniah dan syabas kepada semua pelajar dan guru yang terlibat.
Saturday, 20 April 2019
Kursus Bestari Solat Asrama Kali 1 2019
Program Bestari Solat Fasa 1 telah diadakan pada 19 dan 20 April bagi semua pelajar asrama SMK Tuanku Abdul Rahman. Antara aktiviti ialah bacaan solat, hafazan, cara-cara wuduk dan solat yang betul. Program disempurnakan dengan program Nisfu Syaaban pada solat Maghrib Sabtu 20 April.
Tahniah dan syabas kepada semua guru terutamanya guru Pendidikan Islam yang menjayakan program ini.
Tuesday, 16 April 2019
Sambutan Hari Lahir Pelajar Januari - April 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)