Wednesday, 20 March 2019

Lawatan Tingkatan 6 ke Universiti Kebangsaan Malaysia 2019


















Semua warga Prauniversiti SMK TAR - guru dan pelajar Ting. 6 Atas 2019 berkunjung ke Universiti Kebangsaan Malaysia pada 20 Mac 2019. Fakulti yang dilawati ialah Fakulti Undang-Undang dan Fakulti Sains Kemasyarakatan.
Pihak kedua-dua fakulti memberikan taklimat dan sesi soal jawab. Di Fakulti Undang-Undang, sesi Mock Court juga diadakan.
Kolaborasi pendidikan antara SMK TAR dan pihak Universiti Kebangsaan Malaysia telah terjalin sejak beberapa tahun. Diharapkan program ini akan dapat membakar semangat dan menyuntik motivasi buat semua pelajar Ting. 6 Atas 2019 untuk berjaya ke menara gading nanti.

Tuesday, 19 March 2019

Ceramah Antibuli 2019










Pagi 19 Mac 2019 jam 7.30 pagi - Perhimpunan rasmi sekolah hari ini disi dengan Ceramah Antibuli. Ceramah disampaikan oleh Tuan ASP Puspa a/p Palaniandy, Unit Jenayah Berat, IPD Tampin. Turut hadir ialah En. Mazlan Ali, wakil PIBG. 

Ceramah selama setengah jam berjaya memberi kesedaran dan pemahaman kepada warga pelajar tentang pencegahan buli dan implikasi buli terhadap mereka. Diharapkan usaha ini dapat memastikan tiada gejala buli di SMK TAR.



Thursday, 14 March 2019

Hari Keputusan SPM 2018




































Tarikh 14 Mac 2019 menandakan berakhirnya debaran calon SPM 2019 apabila keputusan SPM diumumkan. Seorang pelajar berjaya memperoleh semua A (10A) iaitu Leong Chia Hui. 5 pelajar lagi mendapat 9A, seorang mendapat 8A, seorang mendapat 7A manakala 6 pelajar mendapar 6A. GPS sekolah adalah 5.25 berbanding 5.17 pada tahun 2017. Peratus mendapat sijil SPM pula ialah 74.46%. 
Syabas dan tahniah kepada semua calon SPM 2018.