Tuesday, 26 February 2019

Bola Jaring 2018 MSSD Tampin






Pasukan bola jaring Bawah 18 Tahun berjaya mendapat tempat ketiga kejohanan Bola Jaring Daerah 2019 dalam kejohanan yang berlangsung di SMK Bukit Jalor. Manakala, pasukan bola jaring bawah 15 Tahun berjaya ke peringkat suku akhir.
Tahniah dan syabas kepada kedua-dua pasukan yang menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi.

Friday, 22 February 2019

Dialog Penjaga Asrama dan Pemilihan Jawatankuasa Waris Asrama 2019

Dialog Bersama Ibu Bapa

Pengetua memberi penerangan

Pelajar dan ibu bapa

Pemilihan jawatankuasa Waris Asrama dijalankan

Kaum ibu amat prihatin akan isu kebajikan pelajar asrama

Perbincangan yang telus demi kecemerlangan anak-anak

Ucapan Perasmian Majlis oleh pengetua

Ibu bapa dapat mengutarakan idea dan cadangan

Ahli jawatankuasa Waris Asrama 2019


Pada petang 22 Februari 2019, program dialog dan pemilihan jawatankuasa Waris Asrama diadakan di Dewan Makan Asrama. Sambutan ibu bapa amat menggalakkan. Pemilihan jawatankuasa waris Asrama berjalan lancar. Kemudian, ibu bapa dibenarkan melawat dorm anak-anak mereka. 

Juara dan Naib Juara Bola Tampar 2019



Kedua-dua pasukan Lelaki bawah 15 dan 18 Tahun


Pasukan Bawah 18 tahun


Pasukan Perempuan Bawah 18 Tahun

Pasukan Bawah 18 tahun bersama guru dan jurulatih

Aksi menarik sebelum Final

Bersemangat untuk bertindak cemerlang

Penyampaian pingat oleh KPPD Tampin

Semasa persediaan masuk gelanggang

Pasukan Perempuan Bawah 15 tahun

Pasukan Bola Tampar Lelaki Bawah 15 Tahun berjaya menjadi juara kejohanan edisi 2019 menewaskan pasukan SMK Gemas. Sememangnya pencapaian terhebat kerana mereka menewaskan pasukan pilihan kejohanan ini.
Pasukan Lelaki Bawah 18 tahun dan pasukan Perempuan Bawah 15 tahun pula menjadi naib juara. Pasukan Perempuan bawah 18 Tahun juga hebat dengan mendapat ketiga.
Tahniah dan syabas. Terima kasih kepada jurulatih, Puan Norsahida Mohd. Puzi serta guru-guru dan pelajar-pelajar terlibat. Teruskan kehebatan SMK TAR.


Tuesday, 19 February 2019

Penetapan Target PT3, SPM dan STPM 2019

 
Ucapan Pengetua dan Yang Dipertua PIBG

Ibu Bapa yang hadir

Ibu bapa, guru dan pelajar berbincang target pelajar
 
Ke Arah Pencapaian Target setiap individu


Antara Ibu Bapa Yang Hadir

  Anak dan Ibu Bapa Penentu Target masing-masing

Sambutan Ibu Bapa yang menggalakkan

Antara Pelajar STPM 2019 

COCOSTAR digunakan sebagai instrumen penentuan target

Antara Pelajar PT3 2019

Tahniah dan syabas semua yang hadir

Ke Arah Mencapai KPI PT3, SPM dan STPM 2019

Majlis Penetapan Target PT3, SPM dan STPM 2019 berlangsung pada petang 19 Februari 2019. Ibu bapa pelajar Tingkatan 3, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas hadir bersama anak masing-masing untuk menyempurnakan penentuan target peperiksaan mereka. 
Setelah mengetahui sasaran dan berbincang; ibu bapa, pelajar dan guru menandatangani penentuan target mereka.
Program dirasmikan oleh yang Dipertua PIBG, E. Mohd. Yusof bin Ismail.

Thursday, 14 February 2019

Mesyuarat PIBG kali ke-40 SMK TAR dan Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2019

En. Mohd. Yusoff Ismail, Yang Dipertua PIBG, 
Tn. Hj. Mohd. Ali  Maarof , Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Tampin, 
Tn. Hj. Hamzah bin Abu, KPPD Tampin dan 
En. Nor Amai Sham bin Mohd. Nor, Pengetua SMK TAR

Ucapan Perasmian oleh Tn. Hj. Mohd. Ali Maarof,
Mewakili Datuk Dr. Hasan Bahrom, Ahli Parlimen Tampin

Penyampaian Cenderamata

Ibu Bapa/ penjaga yang hadir

Ibu Bapa/ penjaga menghayati program

Ramai ibu bapa / penjaga yang hadir

Sokongan ibu bapa / penjaga yang amat baik

Ibu Bapa dan pihak sekolah bersama-sama membangunkan pelajar

Antara AJK PIBG 2018/2019

AJK PIBG 2019/2020 dan pentadbiran sekolah

Mesyuarat Agung PIBG ke-40 berlangsung

Sambutan ibu bapa yang amat menggalakkan menggambarkan sokongan mereka kepada PIBG dan pihak sekolah. Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-40 berlangsung pada 14 Februari 2019 dan disusuli dengan penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2019. 
Tn. Hj. Mohd. Ali bin Maarof, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Tampin, hadir bagi menyempurnakan perasmian mesyuarat. Tn. Hj. Hamzah bin Abu, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tampin turut hadir.
Tahniah dan syabas kepada yang Dipertua PIBG dan ahli jawatankuasa 2019/2020 yang dipilih oleh ahli mesyuarat. Hampir keseluruhan ahli jawatankuasa PIBG yang lalu telah dipilih semula.