Thursday, 19 December 2019

Majlis Keputusan PT3 2019











Tahniah dan syabas kepada semua pelajar tingkatan 3 tahun 2019. Keputusan PT3 2019 diumumkan pada 19 Disember 2019. Tahniah kepada pelajar  terbaik yang memperoleh 9A (straight A) iaitu Nur AlFatihah binti Mohd Rastam Effendy.
Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan ucapan oleh Naib Yang Dipertua PIBG, En. Johani Jemain.
Semoga semua pelajar terlibat akan bersemangat menempuh tingakatan empat 2020 dan mencipta kejayaan SPM 2021 pula.


Wednesday, 23 October 2019

Majlis Graduasi SMK TAR 2019




















Majlis Graduasi 2019 berlangsung dengan lancar pada 23 Oktober 2019. Pelajar Tingkatan 5 dan 6 Atas diraikan bersama ibu bapa/penjaga masing-masing. Tetamu utama ialah Tn Hj. Md Fiah bin Md. Jamin iaitu Timbalan Pengarah Pendidikan Pendidikan Negeri Sembilan.
Seramai 135 orang pelajar tingkatan 5 dan 57 pelajar tingkatan 6 Atas terlibat. Diharapkan semoga mereka dapat menempa kejayaan pada SPM dan STPM tahun ini.

Friday, 27 September 2019

Program I Love You PT3 2019














Menjelang PT3, satu program khas diadakan sebagai persiapan akhir bagi pelajar PT3. Program I Love You dijalankan pada 26 dan 27 September 2019 bagi semua mata pelajaran peperiksaan PT3. Pelajar dikelompokkan mengikut tiga kumpulan dan bahan yang berbeza mengikut tahap kebolehan.
     Pelajar begitu bersemangat dengan program ini. Semoga mereka berjaya mencapai tahap terbaik pada peperiksaan nanti yang bermula pada 30 September hingga 8 Oktober 2019.

Taklimat dan Titian Restu PT3














Pada Jumaat 27 September 2019, diadakan taklimat dan titian restu PT3 melibatkan semua pelajar calon PT3 dan guru-guru mengajar tingkatan 3 2019.
Semoga mereka bersemangat dan memanfaatkan hari-hari terakhir menjelang peperiksaan ini untuk mencapai prestasi yang terbaik.